Jumaat, 23 Januari 2009

Perasmian HPA cawangan Muar

Salam alaik..bertemu kembali..



Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita masih lagi dikurniakan nikmat hidup dan kasih sayang sesama kita.Sifat kasih sayang sesama saudara se Islam telah menemukan dan memperhubungkan kita biarpun mempunyai perbezaan dan ketidaksamaan adat dan tuturbicara namun kita tetap dipertemukan dalam satu majlis yang amat bermakna dan menjadi mercu tanda tertubuhnya HPA cawangan Muar buat pertama kalinya.












Tarikh 4 Disember 2008 adalah satu tarikh dan hari yang amat bermakna bagi seluruh ahli dan warga HPA khususnya dan masyarakat sekeliling amnya.Ia berikutan dengan ada dan terwujudnya cawangan HPA di Muar yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Urusan HPA kita iaitu Tuan Hj Ismail Bin Ahmad.Hanya digarapkan dengan wujudnya cawangan ini ia mampu memberi kesan membina dan mendatangkan faedah serta rahmat kepada masyarakat bahawa sesungguhnya mereka kini mempunyai pilihan alternatif yang berkonsepkan produk-produk halal di dalam kehidupan seharian mereka, agar mudah-mudahan dengan usaha itu ia mampu melahirkan satu kelompok masyarakat dan generasi yang senantiasa beriman dan beramal bersesuaian mengikut acuan Al Quran dan Assunnah.



Untuk permulaannya cawangan Muar beroperasi dengan dua orang kakitangan iaitu Sdr Mohd Sahril Bin Hj Surib dan Saudara Rizuwan Bin Gimen .Kedua-duanya sebelum ini pernah ditugaskan di cawangan Serdang dan cawangan Ampang.Waktu operasi cawangan pada mulanya pada jam 10 pagi - 7 petang namun pada ketika ini cawangan telah menukar waktu operasinya pada jam 9 pagi- 6 petang. Sehubungan dengan itu para ahli dan pengedar-pengedar yang ingin beroperasi di cawangan Muar dapat mengambil faedah( manfaat ) dan perhatian agar kita sama-sama dapat kenal mengenal dan merapatkan ukhuwah sesama kita. amein...





Bertemu di ruang waktu dan masa yang lain..maasalamah ma' taufiq insyaAllah...